Ciri-ciri Vokal tak bundar depan luas

  • Ketinggian vokalnya adalah luas, iaitu lidah terletak jauh sekali dari lelangit.
  • Kebelakangan vokalnya adalah depan, iaitu lidah terletak depan sekali dalam mulut tanpa menyebabkan penjerutan yang sebaliknya menghasilkan konsonan. Ini termasuk sekali vokal pusat luas kerana lidah tidak semudah melentur berbanding vokal sempit; jarak antara vokal depan luas dan vokal belakang luas adalah bersamaan dengan jarak antara vokal depan sempit dan vokal pusat sempit, atau vokal pusat sempit dan vokal belakang sempit.
  • Vokal ini adalah tidak bundar, iaitu bibir tidak dibundarkan.